Selasa, 16 Jun 2009

A : N : G :: K : U : H

ANGKUH

Di celah-celah kehidupan

Ada insan merasakan

Dia yang paling sempurna

Serba betul dan serba kena

Kerana di sekelilingnya

Ramai insan yang tidak bersuara

Mereka ini tidak pernah

Mengingatkan dia dari lupa

Kerana tanpa disedari

Semakin banyak kekurangan ada padanya

Dan juga ketidaksempurnaan

Yang ditemui dalam dirinya

Dia sering merasakan

Dialah yang serba tahu

Sedangkan masih banyak yang perlu

Dipelajari dan difahami

Malah semakin banyak

Kekeliruan yang ditemui



SMNS 2003

DATARAN ILMU


Dipetik dari

mujahidah-fisabilillah

---dengan izin empunya---

Tiada ulasan: