Selasa, 28 Oktober 2008

Permulaan Ana

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Allahamdulillahi rabbil `alamin, bersyukur sangat ana padaNYA kerana ana berjaya menyusur seperti sahabat-sahabat memiliki blog tersendiri. Insya`allah, ingin ana jadikan ruangan ini sebagai medan interaksi bermuamalah ana.

Moga dari sini, ana mampu mengembangkan perniagaan dan turut bersama memperjuangkan Amar Ma`ruf Nahi Mungkar. Selain itu dapatlah ana bersama dalam saf dakwah juga kepimpinan bagi merelisasikan tuntutan dan tanggungjawab sebagai insan bergelar Khalifah.

Kepada Sahabat perjuangan sekalian, sekiranya terdapat kekurangan di awal perlaksanaan blog ini, ana mohon kemaafan. Sudi-sudikanlah membantu apa yang perlu, memberitahu apa yang ana tidak tahu. Insya`allah.

Ingin ana maklumkan, ruangan situs ini tidak terhad pada topik tertentu namun yang utamanya tetaplah muammalat. Insya`allah ianya akan ana jadikan ruangan bermacam-macam, namun yang utama juga ana harapkan ianya membawa manfaat buat pembacaan sekalian yang bertamu di ruangan ini.

Segala pertanyaan atau tunjuk ajar, silalah emalkan kepada ana. Kepada sekalian pejuang-pejuang Agama Allah, teruskan langkahmu laksanakan kewajipan kita sebagai khalifah.

Meminjam kata seorang Akhowat "Tarbiyah mentarbiyah semata mencari redha Allah". Maka ana juga memiliki kata-kata yang menjadi salah satu perisai diri "Meninggi Jangan sampai Lupa Diri, Merendah jangan sampai Hilang Maruah."

hanya setakat ini buat permualaannya dari ana. Salam Perjuangan dari Ana - Keluarga Besar Alternative sinaran Banuhampu.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tiada ulasan: